Melalui program Adopt-A-Wish®, anda boleh merealisasikan hasrat seorang kanak-kanak dan mengikuti perjalanan hasrat mereka dari permulaan hingga penghujung. Berdasarkan bajet dan pilihan anda (sebagai contoh, seorang kanak-kanak dalam golongan umur tertentu), kami akan memadankan anda dengan hasrat yang bakal ditunaikan.
Apabila anda Adopt-A-Wish®, anda akan mendapat peluang untuk mengetahui sedikit sebanyak mengenai kanak-kanak tersebut – kegemaran mereka serta sebab mereka memilih hasrat tersebut – dan bantuan anda akan menyumbang kepada penunaian hasrat mereka.
Setelah hasrat itu direalisasikan, anda akan menerima laporan berserta gambar-gambar daripada hari istimewa kanak-kanak tersebut. Jika hari impian mereka diterbitkan dalam newsletter dan/atau laman web kami, nama anda juga akan disenaraikan sebagai Wish Adopter. Sama ada anda sebuah syarikat korporat, kumpulan pekerja, rakan-rakan ataupun individu, sila hubungi kami untuk bekerjasama menunaikan impian kanak-kanak Make-A-Wish® Malaysia.