Misi:
Kami memenuhi hasrat dan impian kanak-kanak yang menghidapi penyakit yang mengancam nyawa untuk memperkayakan pengalaman hidup dengan memberi harapan, kekuatan dan transformasi.
Nilai teras:
Tumpuan kanak-kanak, Inovasi, Integriti, Impak, Komuniti
Di Malaysia, terdapat lebih 20,000 kanak-kanak yang menghidapi penyakit kritikal. Tumpuan dan tenaga mereka hanyalah untuk mengatasi penyakit yang dihidapi, dengan itu membelakangkan impian, harapan dan cita-cita mereka.
Dengan menunaikan hasrat mereka, Make-A-Wish Malaysia memberi peluang kepada kanak-kanak dan keluarga untuk meluangkan masa bersama-sama, membina memori manis dan memberi mereka harapan dan kekuatan untuk mengatasi cabaran yang dihadapi.
Denagan bantuan sukarelawan dan penyokong di Malaysia dan seluruh dunia, ia adalah misi Make-A-Wish untuk memberi kanak-kanak ini pengalaman yang istimewa dan bermakna.